AC Milan Boleh Menang Liga Juara-Juara – Urby Emanuelson

Robinho

Robinho menghasilkan 2 gol untuk kemenangan AC Milan 4-0 ke atas Arsenal

Pemain tengah Belanda itu percaya bahawa kelab dari San Siro mampu bersaingan dalam merebut gelaran berprestij Liga Juara-Juara sekiranya setiap pemain bebas daripada sebarang kecederaan sehingga akhir musim ini.

Urby Emanuelson percaya bahawa AC Milan adalah calon yang terbaik untuk memenangi Liga Juara-Juara musim ini. Juara liga Serie A itu telah satu langkah ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas membelasah Arsenal 4-0 di San Siro pada hari Rabu lepas.

Beberapa pemain AC Milan telah mengalami kecederaan pada musim ini, tetapi Emanuelson mengatakan bahawa kelab itu adalah pesaing yang kuat untuk menjadi juara Eropah jika mereka mempunyai skuad yang kuat sepenuhnya.

“Kami bermain dengan hebat malam ini, dan Ibra sungguh menakjubkan,” katanya kepada Goal.com.”Semua orang bercakap mengenai Barcelona dan Madrid, tetapi jika kita sentiasa bermain seperti malam ini, kita boleh menang Liga Juara-Juara ini.

“Anda perlu lihat bahawa kita masih mempunyai banyak kecederaan. Lihat apa yang [Kevin-Prince] Boateng lakukan selepas dia kembali – yang dapat menjelaskan banyak perkara.

“Apabila semua orang boleh terlibat untuk pemilihan, saya pasti kita boleh memenangi Liga Juara-Juara.”

AC Milan akan bertandang ke Arsenal pada 6 Mac ini untuk perlawanan kedua timbal balik.

Lagi Berita Menarik




About Muhammad Faiz

Menulis Untuk Kepuasan Pembaca. 'Menembak' Untuk Kepuasan Diri. Pemilik blog semi-personal Tuudia! - Hidup Ku Hidup Semua dan photoblog LensaFaiz.

Speak Your Mind

*

Comment With Facebook