Banjir Luar Biasa Di Seremban

banjir luar biasaSEREMBAN – Banjir luar biasa yang berlaku di sekitar bandar Seremban petang semalam sesuatu yang jarang berlaku.

Walaupun hujan turun tidak sampai sejam, hampir semua kawasan di sekitar bandar ini dinaiki air.

Lebih memburukkan keadaan apabila kawasan letak kereta bawah tanah di Wisma Umno turut dipenuhi air, termasuk beberapa kampung serta perumahan di sekitar Sikamat serta Temiang juga dilanda banjir teruk.

Difahamkan, operasi KTM Berhad juga tidak dapat dijalankan berikutan landasan dipenuhi air banjir.

Ketua Balai Bomba Rahang, Zakaria Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pertama di Kampung Nusun Nyiur dan Kampung Baru Sikamat, kira-kira jam 5.30 petang, kemudian disusuli panggilan dari Wisma Umno Seremban.

Katanya, seramai 11 anggota diarah ke lokasi terbabit berserta dua jentera bomba untuk membantu mengepam air.

“Semasa pasukan bomba tiba di Kampung Baru Sikamat, air sudah pun membanjiri kawasan berkenaan. Kerja mengepam air keluar dari kawasan terbabit perlu pantas dilakukan.

“Manakala di sekitar Wisma Umno pula, kami mengambil masa sehingga jam 9 malam untuk melakukan kerja mengepam air keluar dari kawasan parkir bawah tanah,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, sepanjang kejadian banjir itu, tiada kemalangan mahupun kecederaan dilaporkan.

Sementara itu, seorang mangsa banjir, Ushrah Mohs Isa, 47, berkata, banjir yang sering berlaku di kawasan rumahnya adalah perkara biasa.

ktm seremban banjirMenurutnya, setiap kali hujan lebat, pasti kawasan rumahnya di kuarters KTM ini, akan dinaiki air dan dipenuhi dengan tanah lumpuh.

“Saya sudah biasa, malah setiap kali hujan turun saya dan anak akan bersiap sedia mengemas barang kerana tahu rumah pasti dilanda banjir.

“Walaupun saya mempunyai rumah lain di Sikamat, namun disebabkan beberapa masalah dalaman saya terpaksa juga duduk di rumah ini,” katanya.

Manakala Mohd Rahmat Ismail, 25, pula berkata, kejadian berlaku semasa dia dan keluarga sedang berehat di ruang tamu.

Katanya, sebaik sahaja hujan turun, dia sudah menjangkakan rumahnya pasti akan dinaiki air, berikutan kawasan di perumahan kuarters lama KTM itu sudah sinonim dengan banjir.

“Saya sudah bersedia dan menerima apa sahaja yang berlaku, kerana keadaan ini sudah dijangkakan.

“Bagaimanapun, terdapat beberapa barangan elektrik yang tidak sempat diselamatkan dan rosak terkena air,” katanya.

Sumber: Sinar Harian untuk Portal Berita Semasa

Lagi Berita Menarik




About Muhammad Faiz

Menulis Untuk Kepuasan Pembaca. 'Menembak' Untuk Kepuasan Diri. Pemilik blog semi-personal Tuudia! - Hidup Ku Hidup Semua dan photoblog LensaFaiz.

Speak Your Mind

*

Comment With Facebook