Vanilla Coklat Bakal Difilemkan?

vanilla coklat

Ketangkasan anak muda ini di gelanggang tidak dapat dinafikan. Muncul sebagai naib juara perlawanan persahabatan Soccer Kids & Selebriti Sabtu lalu, Aiman Hakim Ridza yang juga bintang Mentor 5 mencuri tumpuan dengan aksinya yang bersahaja menggelecek bola. GUA berkesempatan menemubual bintang muda ini yang sedang hangat dengan drama Vanilla Coklat di TV3. Mengulas mengenai perkembangan [...]


Ana Raffali Gubah Hantaran Sendiri

ana raffali

Kurang seminggu sahaja lagi, menjelang hari bahagia dan bersejarah buat penyanyi, Ana Raffali, 27, dan pasangannya, Ahmad Aznaim Abdullah atau Naim, 30, untuk disatukan dengan ikatan yang sah. Namun, Ana Raffali memberitahu sehingga kini dia masih dalam proses menyiapkan hantaran perkahwinan dari pihaknya yang akan diberikan kepada pihak lelaki pada hari diijabkabulkan, 25 Februari ini. [...]


Zizan Puas Dalam Cinta Kura-Kura

zizan cinta kura-kura

Selepas muncul dalam persembahan Lawak Ke, Der? di pentas Istana Budaya awal Februari lalu, Zizan Razak kini bakal menghiburkan peminat layar perak melalui suaranya dalam filem terbaru terbitan KRU Studios, Cinta Kura-Kura. Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi yang bakal ditayangkan bermula 1 Mac ini merupakan julung kalinya menampilkan teknologi CGI bagi karakter animasi kura-kura, [...]


Anuar Zain fail rayuan

anuar-zain

KUALA LUMPUR – Penyanyi yang popular dengan lagu Lelaki Ini, Anuar Zain memfailkan rayuan­ berhubung kes tuntutan royaltinya terhadap syarikat rakaman­ Synchrosound Records Label Music Sdn Bhd (Synchrosound) di Mahkamah Tinggi pada 10 Februari lalu. Peguam, Aizul Rohan Anuar berkata, rayuan itu difailkan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan­ Penolong Kanan Pendaftar, Nurul Nazdia Abd [...]


Lisa Terharu Dengan Usaha Yusry

lisa

Tinggal lebih kurang seminggu saja lagi sebelum pasangan selebriti, Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim bakal diijabkabulkan. GUA berpeluang bertemu dengan Lisa di majlis tayangan eksklusif filem, ‘Cinta Kura-Kura’, Selasa lalu, dan kesempatan ini digunakan GUA untuk bertanyakan mengenai perkembangan persiapan perkahwinannya. “Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan dengan lancar. Ada beberapa benda yang dah selesai [...]


Wan Sharmila Korbankan Rambut Untuk Apa Celop

Wan Sharmila

Bagi menjayakan watak Marsha dalam drama terbaru Apa Celop, Wan Sharmila sanggup mengorbankan rambutnya yang panjang menggurai. Jelas pelakon kecil-molek ini, pihak TV3 telah meminta dia memotong rambut bagi membawa karektor seorang budak kampung yang datang ke bandar dan terlibat dengan dunia rempit. “Saya memang sudah lama tidak berambut pendek. Kalau tidak silap, kali terakhir [...]


Bertemu Cinta Di Book of Love 2012

Book_of_Love_2012

Filem Pendek BOOK of LOVE 2012 arahan pertama Farra Olivia mengisahkan tentang seorang lelaki yang mencari cinta sejati. Tanpa diduga dia telah bertemu dengan CINTAnya di dalam sebuah novel. Kisah cinta ini amat unik dan amat sesuai untuk tontonan semua yang sedang bercinta. Sinematografi yang kreatif oleh DOP Khairul Hazwan (jurufoto rasmi untuk teater Terima [...]


Aliff Aziz pilih Anne Ngasri dan tolak Zarina Anjoulie

Aliff Aziz

Kontroversi serta pergaduhan antara penyanyi, Aliff Aziz dan pelakon seksi, Zarina Anjoulie yang terpapar di laman sosial, Twitter masih belum reda apabila masing-masing bertindak untuk tidak mengulas lanjut. Kontroversi itu tercetus apabila Zarina Anjoulie mendakwa Aliff Aziz telah menipunya dan meminta penyanyi Singapura itu meminta maaf atas kesilapan yang dilakukan menerusi akaun Twitter miliknya pada [...]


Farah Asyikin bercinta dengan produser filem?

farah asyikin

Penyanyi, Farah Asyikin akui kini sedang berkawan dengan seorang jejaka yang juga produser filem sejak dua tahun lalu. Tidak mahu mengulas lanjut mengenai status sebenar hubungannya dan siapa gerangan jejaka berkenaan yang dilihat menemaninya di majlis pertunangan penyanyi, Farhan semalam, Farah Asyikin berkata dia kini lebih selesa menutup mulut mengenai hal peribadinya. “Apa yang boleh [...]


Whitney Houston lemas dalam bilik air

whitney houston

LOS ANGELES – Bintang pop Whitney Houston ditemui lemas dalam air dan kelihatan tidak sedarkan diri di bilik air hotel Beverly Hills, kata polis semalam. Dalam satu kenyataan bertulis untuk menamatkan pelbagai desas-desus mengenai kematiannya, Polis Beverly Hills berkata, pihaknya masih belum mengenal pasti punca yang membawa kepada kematiannya. Mendiang berusia 48 tahun. “Houston ditarik [...]