Teknologi sememangnya menyenangkan manusia dan memudahkan manusia dalam beberapa aspek. Kali ini penulis ingin berkongsi dengan anda semua 1 lagi teknologi dari Korea yang melibatkan teknologi komputer. Kalau sebelum ini penulis pernah menulis tentang artikel ‘Keyboard Komputer Menggunakan Laser‘, kali ini satu lagi peralatan komputer yang menggunakan laser telah diperkenalkan iaitu tetikus.
Tetikus ini tidak meemerlukan sebarang bentuk fizikal tetapi hanya dengan menggunakan jari saja sebagai badan tetikus itu. Jari kita akan bertindak kepada ‘penunjuk’ di dalam skrin komputer kita. Tetikus ini di namakan sebagai evoMouse.
Menurut Celluon, syarikat yang mengeluarkan produk ini, tetikus ini berkebolehan untuk digunakan pada hampir setiap semua permukaan rata dan tidak memerlukan ruang yang besar.
Dengan evoMouse, anda boleh melaksanakan operasi tetikus biasa hanya dengan jari anda. Anda boleh mengawal kursor, klik dan pilih, klik dua kali, kanan klik dan seret dengan gerak isyarat tangan asas saja.
EvoMouse juga mempunyai pelbagai fungsi termasuk sentuhan skrol, putar, zoom, ke hadapan dan ke belakang. EvoMouse juga boleh digunakan sebagai alat yang digunakan untuk menulis tulisan tangan dengan jari atau pen.
EvoMouse amat mudah dan selesa untuk digunakan dengan hampir semua komputer riba mahupun desktop. Ia dihubungkan melalui Bluetooth atau USB port standard.
Berikut adalah gambar dan video evolusi tetikus evoMouse:








cbe tgk tp x olah la..da lama da ni http://suhairi.com/2011/04