Fahrin Ahmad Mahu Fokus Sebagai Penceramah

Fahrin Ahmad
Kesempatan bertemu pelakon dan model kacak, Fahrin Ahmad di Hutam Lipur Sungai Tua, semalam memberi kesempatan portal murai.com.my untuk bertanyakan mengenai perkembangan terbarunya.

Jelas jejaka berbadan tegap itu, memasuki 2012 dia mahu meluaskan lagi kariernya sebagai seorang penceramah motivasi.

Apatah lagi, pengalamannya yang pernah terlibat secara tidak lansung dalam bidang itu telah membuatkan dia kini lebih cenderung untuk terjun ke dunia berbeza itu.

Menurut Fahrin, dia sememangnya minat mengajar, bagaimapun tidak berpeluang kerana kekangan masa untuk menyambung hasratnya itu.

“Memandangkan saya berasal dari keluarga yang terdiri daripada pendidik, minat itu tumbuh dengan sendirinya.

“Oleh kerana itu, program Misi 12 ini sedikit sebanyak telah memberi peluang kepada saya untuk berkongsi pengalaman dan nasihat buat para pelatih.

“Walaupun saya tidak terlibat dalam aktiviti harian mereka, namun jika ada masa terluang asay akan turun padang menjenguk mereka,” katanya mengulas lanjut mengenai pembabitannya sebagai hos bagi rancangan realiti terbaru terbitan Astro bertajuk Misi 12.

Berbeza dengan program realiti yang lain, objektif utama Misi 12 adalah untuk memberikan transformasi dan merubah masa depan kepada 12 orang remaja terpilih.

Kesemua mereka diberikan peluang kedua untuk membuktikan mereka juga boleh melakukan sesuatu yang membanggakan sama ada buat diri sendiri, keluarga mahupun masyarakat.

Mereka akan dilatih dibawah tiga orang mentor dan enam orang tenaga pengajar sepanjang tujuh minggu program ini berlansung.

Terdiri daripada tujuh orang pelatih lelaki dan lima orang pelatih perempuanyang berumur diantara 19 hingga24 tahun, mereka bakal mengikuti kelas yang telah disusun khas di bawah seliaan penasihat yang datang dari pelbagai latar belakang.

Berbicara tentang kisah peribadinya, dia yang sudah lama tidak dikaitkan dengan mana-mana wanita seperti biasa cuba untuk mengelak pertanyaan yang menjurus ke arah itu.

” Sekarang saya masih single dan juga available. Masih mencari, tetapi belum bertemu lagi dan kalau boleh mahu cari orang biasa. Lebih senang.” jawapnya ringkas mengenai status dirinya.

Tambahnya lagi, dia bukan mahu berahsia tetapi dia lebih tenang dan selesa dengan keadaan sekarang. Buk Dalam pada itu portal murai.com.my sempat mendapatkan Fahrin untuk mengetahui aktiviti terkininya kerana sejak akhir-akhir ini dia seperti menjauhkan diri daripada industri hiburan.

“Sebenarnya saya terlalu sibuk. Alhamdulillah rezeki pada tahun 2012 sangat murah.

“Saya masih sibuk berlakon drama dan yang terbaru bakal ditayangkan ialah Seindah Sakura di mana saya bergandingan bersama Fasha Sandha membawa watak seorang guru.

“Selain itu juga, saya turut terlibat di dalam animasi berjudul Saladin yang bakal ditayangkan sempena Maulidur Rasul nanti.

“Suara saya akan digunakan untuk watak utama animasi tersebut iaitu Saladin.” Ulas Fahrin mengenai aktiviti seninya ketika ini.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan rancangan baru terbitan Astro, Misi 12 yang bakal menemui anda di saluran Astro Ria (saluran 104) bermula pada 7 Februari depan.

Lagi Berita Menarik




About Mohd Isa

CEO & Founder di Mohd Isa Network. Banyak menulis mengenai teknik SEO blog di Blog Mohd Isa.

Speak Your Mind

*

Comment With Facebook