Hari Suami Isteri tak sesuai 14 Februari

Tan Sri Harussani Zakaria
SHAH ALAM – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria membantah cadangan Pas menggantikan Hari Valentine kepada Hari Suami Isteri kerana tarikh itu adalah hari di mana agama Islam cuba dimusnahkan oleh kaum Yahudi beratus tahun dahulu.

Menurutnya, sejarah menunjukkan pada tarikh berkenaan, kerajaan Islam di Sepanyol dijatuhkan oleh seorang paderi.

Kesan daripada itu, umat Islam ditindas dan dinafikan haknya dan perkara ini boleh dilihat ke atas apa yang berlaku terhadap negara Palestin pada masa kini.

“Cadangan Hari Suami Isteri itu adalah baik. Ia dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Cuma, tidak perlu diraikan pada tarikh tersebut. Adalah lebih baik, Hari Suami Isteri dibuat pada tarikh Maulidur Rasul.

“Keperibadian Rasulullah sudah terbukti dan baginda bukan sahaja seorang pemimpin terbaik tetapi juga ketua keluarga yang begitu adil dan penyayang,” katanya.

Jelasnya, jika ada pihak mahukan sambutan Hari Suami Isteri tetap pada tarikh 14 Februari, maka ia boleh jatuh hukum haram kerana ramai memaklumi mengenai sejarah perayaan pada tarikh berkenaan.

“Walaupun ada niat baik, tetapi pelaksanaannya tidak tepat. Banyak lagi tarikh lain. Jika tidak mahu dilaksanakan pada hari Maulidur Rasul, boleh pilih tarikh lain.

“Jangan menggantikan nama hari sahaja sedangkan tarikh itu telah dikenali sebagai hari kekasih oleh kaum lain. Tiada bezanya menukar nama tetapi tetap ada sambutan,” katanya.

Kelmarin, Kelantan mengumukan ia bercadang menggantikan Hari Valentine pada setiap 14 Februari kepada sambutan Hari Suami Isteri. Hari Suami Isteri itu adalah untuk memberi semangat kepada Umat Islam untuk mengikuti acuan hidup sebagai Islam dan melahirkan keluarga bahagia.

Sumber: Sinar Harian untuk Portal Berita Malaysia

Lagi Berita Menarik




About Mohd Isa

CEO & Founder di Mohd Isa Network. Banyak menulis mengenai teknik SEO blog di Blog Mohd Isa.

Speak Your Mind

*

Comment With Facebook