Skuad kendalian Ong Kim Swee yang kini bermain di kancah bola sepak Liga Singapura hari ini menunjukkan aksi yang positif dan sangat memberangsangkan apabila berjaya memperolehi kemenangan pertama.
Harimau Muda A hari ini turun bertemu dengan Gombak United FC bagi pertemuan Liga Singapura musim baru di Stadium Jalan Besar. Dalam aksi tersebut, pasukan Harimau Muda A berjaya menundukkan pasukan Gombak United FC dengan jaringan 2-0. Lebih manis lagi apabila pasukan ini menduduki tahkta liga Singapura pada ketika ini untuk memimpin pasukan lain.
Hari ini juga berlangsung 1 lagi perlawanan antara Hougang United FC bertemu dengan Tanjong Pagar United FC yang berkesudahan 1-1 dan kedua-dua pasukan berkongsi 1 mata.
Pada aksi Harimau Muda menentang Gombak United, banyak aksi menarik yang di tunjukkan oleh kedua-dua pasukan dan akhirnya pada minit ke 15, hantaran cantik dari tengah padang di kejar oleh Thamil Arasu dan menghasilkan gol pertama buat Harimau Muda A. Walaubagaimanapun selepas itu, tiada lagi jaringan dapat di saksikan.
Pada babak kedua pula, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan sehingga minit ke 81, apabila sepakan percuma yang di ambil oleh Mahali Jasuli di sambut kemas oleh Wan Zaharulnizam untuk meletakkan pasukan Harimau Muda A 2-0 di hadapan. Tamat 90 minit permainan, Harimau Muda A berjaya memperoleh kemenangan sulung di Liga Singapura.





