Harimau Muda Gagal Ke Sukan Olimpik London 2012

AFC Asian Qualifiers

Seperti yang telah diketahui, pasukan Olimpik Syria telah berjaya menundukkan pasukan Olimpik Jepun dengan keputusan 2-1. Ini membuatkan sedikit kegusaran peminat bola sepak tanah air kerana Syria kini mengumpul 9 mata dan ini merupakan tugas yang paling mencabar untuk skuad kendalian Ong Kim Swee.

Dalam aksi bertemu Bahrain sebentar tadi, pada separuh masa pertama menyaksikan pasukan Bahrain berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-24 untuk meletakkan Bahrain 1-0 mengatasi Malaysia. Permainan Bahrain yang kemas acapkali mengucar-kacirkan kubu pertahanan Malaysia di samping pemain Malaysia seolah-olah tidak selesa dengan keadaan di sana.

Walaubagaimanapun, sekali-sekala pasukan Harimau Muda berjaya memecah kubu pertahanan Bahrain namun usaha yang di lakukan sia-sia kerana penyudah yang kurang tajam. Pada akhir babak pertama menyaksikan peluang terbaik yang dihasilkan oleh Shakir Ali apabila dia hanya berdepan dengan jaring gol Bahrain gagal di sempurnakan oleh beliau apabila sepakan beliau yang lemah dan berjaya di tangkap oleh penjaga gol Bahrain.

Pada babak kedua menyaksikan perlawanan nampak seimbang bagi kedua-dua pasukan apabila saling menyerang balas. Namun tiada gol yang berjaya di jaringkan sehingga minit ke 84 apabila pasukan Malaysia berjaya menyamakan kedudukan 1-1. Walaubagaimanapun, jaringan itu tidak kekal lama apabila Bahrain berjaya mendapatkan gol kedua hasil kesilapan pertahanan Malaysia pada minit ke 89.

Dengan ini berakhirlah sudah harapan Malaysia dalam kelayakan Olimpik London 2012.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan yang berlangsung  sebentar tadi.

 logo bahrain

Bahrain U23
05 Februari 2012

2-1

[Fulltime]

logo Malaysia

Malaysia U23

 

Lagi Berita Menarik




About Muhammad Faiz

Menulis Untuk Kepuasan Pembaca. 'Menembak' Untuk Kepuasan Diri. Pemilik blog semi-personal Tuudia! - Hidup Ku Hidup Semua dan photoblog LensaFaiz.

Speak Your Mind

*

Comment With Facebook