
Sebelum membina sebuah laman web atau blog, anda memerlukan satu formula. Membina satu rangka tindakan yang jelas dan cermat, menyusuri bahagian teknikal dengan teliti, reka bentuk laman, terperinci ke dalam sesuatu yang ikonik dan ianya tidak dapat dilupakan.
Tanpa langkah di atas, kebanyakan laman web tidak akan berfungsi dengan baik dalam jangkamasa yang lama dan yang pasti ianya tidak dapat menarik perhatian pembaca dan pelawat. Laman web atau blog anda mungkin dilengkapi dengan menu navigasi yang menarik, tetapi ianya tidak akan lengkap jika tidak mempunyai media sosial.
Bagaimana pula dengan SEO, sudah pasti sebuah laman web atau blog perlukan kandungan atau artikel bukan? Semua perkara yang disebutkan, adalah penting bagi sebuah laman web atau blog untuk berjaya.
Selain itu juga, fungsi lain yang sering diabaikan dalam menyempurnakan sebuah laman web atau blog adalah penjejak analysis atau analytics dan minyak pelincir (cache) bagi sesebuah laman web atau blog. Dengan ini saya kongsikan infografik Anatomi Laman Web Yang Sempurna (The Anatomy of a Perfect Website) daripada R.O.I. Media.
Klik sini untuk melihat infografik The Anatomy of a Perfect Website.
Sumber: http://www.roimedia.co.za/





walaupun dalam infografik itu menunjukkan IE masih punyai banyak pegangan market. tapi jangan dilupa, bahawa Google chrome, Firefox, Opera dan Safari mempunyai CSS yang boleh kata hampir sama. dan tinggallah IE yang mempunyai CSS yang baru terhegeh2 nak dibetulkan.
pasal screen, aku nampak kemunculan netbook dan mobile akan menyebabkan skrin akan bercampur aduk. Nasib baik ada mobile theme untuk mobil.
pasal popup iklan memang pantang!
aku rasa kat us atau negara lain, IE still no.1. browser yang paling banyak digunakan dalam dunia pun masih IE. no.2 masih firefox, ketiga baru chrome. setakat ini google chrome masih mengejar firefox, peratus pun tak banyak sangat. just nak kejar IE memang makan tahun jugalah.
screen usah cakaplah, kalau nak selamat. design website jauh daripada object floating. tapi still boleh pakai lagi untuk paparan mobile. popup iklan memang patut diharamkan, tapi still ada yang gunakan. mungkin masih mendapat sambutan untuk klik iklan tersebut.
di US, memang microsoft pegang lagi, mungkin ada kaitan dengan gov deal. tapi di europe berlainan. Firefox dan chrome kerana mereka lebih suka bergerak kepada opensource.
floating haha. tu memang kadang2 akan makan diri sebab skrin kecik.
iklan popup. peratusan klik per display tinggi banding dengan iklan yang biasa di sidebar tu. tapi kadang2 klik tu berlaku secara paksa dan tak sengaja. bagi aku, tu salah dari etikanya. hukum tak boleh tanya aku la sebab aku bukan mufti :p