Infografik Kekejaman Remaja di Rangkaian Media Sosial

Kekejaman remaja di rangkaian Media Sosial!!! Adakah anda tahu bahawa golongan remaja antara pengguna rangkaian media sosial aktif. Sebanyak 76% dari remaja yang berumur antara 12-17 tahun merupakan pengguna rangkaian media sosial. Pelbagai aktiviti dilakukan oleh mereka dari post dan update status hinggalah bermain permainan online, chatting, tagging, menulis di dinding rakan dan sebagainya.

Namun disebalik akiviti yang disebutkan, golongan remaja ini juga melakukan aktiviti yang sukar untuk diterima, iaitu melakukan pelbagai aktiviti berunsurkan kekejaman dan pelbagai lagi aktiviti tidak sihat. Mungkin sebahagian dari kita sukar untuk mempercayainya. Namun itu kenyataan berdasarkan kajian yang dilakukan.

Kajian menunjukkan, golongan remaja banyak melibatkan diri dalam aktiviti tidak sihat dan berunsurkan ketidakbaikan, malahan lebih tinggi dari peratusan yang dilakukan oleh golongan dewasa.

Berdasarkan kajian Pew Research Center dan infografik yang dihasilkan oleh Zone Alarm, 20% remaja berumur antara 12-17 tahun percaya bahawa kebanyakan pengguna rangkaian media sosial adalah “tidak baik”. Pendapat ini dikongsi 5% pengguna media sosial yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Jadi apa kekejaman dan aktiviti tidak sihat yang dilakukan oleh golongan remaja, dan bagaimana golongan remaja hari ini menggunakan rangkaian media sosial.

Berikut kekejaman yang dilakukan oleh golongan remaja, antaranya ialah mengancam, isu keselamatan, sifat dan tabiat buruk yang terarah kepada perlu untuk melakukan kesalahan dan pelbagai lagi.

Infografik di bawah menerangkan lagi isu ini. Sebelum terlupa, tahukah anda berdasarkan kajian tersebut golongan remaja perempuan lebih cenderung untuk melakukan kekejaman media sosial berbanding lelaki.

kekejaman remaja rangkain media sosial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *