Nazmi Faiz Bakat Yang Harus Dipandang Liga Eropah

Nazmi Faiz Mansor

Bermain bola sepak di eropah sememangnya menjadi idaman setiap pemain di seluruh dunia lebih-lebih lagi pemain dari Asia sendiri. Bukan mudah untuk melepasi setiap peraturan dan syarat yang di kenakan oleh satu-satu liga di eropah kerana setiap syaratnya begitu ketat lebih-lebih lagi di Liga Perdana Inggeris.

Walaubagaimanapun, pihak Goal.com telah menyenaraikan beberapa pemain asia tenggara khususnya yang patut diberikan perhatian oleh liga-liga di eropah untuk di bawa masuk ke kelab-kelab mereka pada sesi perpindahan pemain Januari nanti. Antaranya adalah pemain Harimau Muda B iaitu Nazmi Faiz Mansor.

Berikut adalah antara yang di tulis di Goal.com tentang Nazmi Faiz:

Cardiff City are looking to strengthen their ties with Malaysia by forging a deal that could see Nazmi Faiz head to the Bluebirds for a one-year stint. While he might not be able to sign permanently, the stint is likely to open up better opportunities in Europe with the 17-year-old midfielder being touted as one of the brightest talents in the region. Cardiff boss Malky Mackay was even down in Malaysia last week, assisting their Malaysian owners’ efforts in forming a solid collaboration for the club in the nation.

Diharapkan dengan pembongkaran laman web bola sepak antarabangsa ini mengenai pemain asia tenggara membuatkan liga-liga eropah mula memberi perhatian kepada pemain kita khususnya. Antara pemain lain yang di pilih oleh pihak Goal.com ialah TEERASIL DANGDA (Thailand & Muang Thong United, Striker, 23), KYAW KO KO (Myanmar & Zeyar Shwe Myay, Striker, 19), ANDIK VERMANSYAH (Indonesia & Persebaya 1927, Midfielder, 20) dan LE CONG VINH (Vietnam & Hanoi FC, Striker, 26)

Sumber : Tuudia.com untuk Portal Berita Sukan

Lagi Berita Menarik




About Muhammad Faiz

Menulis Untuk Kepuasan Pembaca. 'Menembak' Untuk Kepuasan Diri. Pemilik blog semi-personal Tuudia! - Hidup Ku Hidup Semua dan photoblog LensaFaiz.

Speak Your Mind

*

Comment With Facebook