Hari ini skuad Piala Thomas negara turun lagi menentang pasukan Korea Selatan bagi menentukan juara kumpulan D dan membuka peluang kepada mereka untuk mencari laluan mudah ke Final Piala Thomas akan datang.
Dalam aksi hari ini, perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei menepati sasaran untuk mengutip mata pertama negara apabila berjaya menundukkan perseorangan Korea Selatan, Lee Hyun Il dengan keputusan 21-13, 21-15.
Beregu utama negara, Koo-Tan juga tidak mengecewakan kem Malaysia apabila berjaya menundukkan beregu pertama Korea Selatan, Yoo Yeon Seong dan Ko Sung Hyun 21-14, 21-19 bagi memperoleh mata kedua negara.
Walaubagaimanapun, kem Malaysia tersentak seketika apabila perseorangan kedua negara, Hafiz Hashim gagal menyumbang mata ketiga buat negara apabila dia tewas kepada perseorangan kedua Korea Selatan, Shon Wan Ho dengan straight set, 22-24, 16-21.
Skuad Piala Thomas negara kembali ceria selepas beregu kedua negara, Lim Khim Wah dan Goh V Shem berjaya menundukkan beregu kedua Korea Selatan, 18-21, 21-19, 21-11 untuk mengutip mata ketiga untuk negara dan sekaligus membolehkan pasukan Malaysia menang dengan Korea Selatan.
Perseorangan terakhir negara yang di wakili oleh, Mohamad Arif Abdul Latif gagal meneruskan kecemerlangan untuk menang bergaya skuad Piala Thomas Malaysia apabila dia tewas kepada perseorangan ketiga Korea Selatan, Hong Ji Hoon dengan keputusan 21-17, 21-15.
Walaubagaimanapun, keputusan perlawanan menyaksikan pasukan Piala Thomas Malaysia menang 3-2 ke atas pasukan Korea Selatan bagi membolehkan mereka menjadi juara kumpulan D dan bertemu dengan pasukan dari India pada peringkat seterusnya.




