Skuad Piala Thomas Malaysia Menang Tipis Dengan Hong Kong

piala uber`

Hari ini saingan bagi skuad Piala Thomas negara pula memulakan perebutan tempat dalam final Piala Thomas 2012 Mei ini apabila bertemu dengan pasukan Piala Thomas Hong Kong sebentar tadi.

Dalam pertemuan tersebut, skuad Piala Thomas negara berjaya menewaskan pasukan Hong Kong dengan keputusan 3-2. Malaysia yang di ketuai oleh jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei berjaya mengutip mata pertama apabila berjaya menewaskan Wong Wing Ki dengan keputusan 21-18, 22-20 dalam masa 41 minit.

Dalam aksi beregu pula, beregu utama negara, Koo-Tan tidak mensia-siakan mata kedua negara apabila menang bergaya dengan keputusan 21-9, 21-14. Walaubagaimanapun, kem negara tersentak seketika apabila perseorangan kedua negara, Hafiz Hashim gagal untuk memperoleh mata ketiga negara apabila tewas kepada perseorangan Hong Kong, 20-22, 18-21 dalam masa 42 minit.

Kemenangan Malaysia disahkan oleh beregu kedua negara, Lim Khim Wah-Goh V Shem apabila mereka berjaya menundukkan pasangan dari Hong Kong itu dengan keputusan 21-14, 21-16. Kemenangan 4-1 negara gagal di terjemahkan oleh perseorangan terakhir negara Daren Liew apabila dia tewas 21-17, 16-21, 19-21 kepada Chan Yan Kit.

Selepas ini pasukan Piala Thomas negara akan berhadapan dengan pasukan Piala Thomas Korea Selatan bagi menentukan juara kumpulan D dan menentukan sama ada mereka layak atau tidak ke final Piala Thomas 2012.

Lagi Berita Menarik




About Muhammad Faiz

Menulis Untuk Kepuasan Pembaca. 'Menembak' Untuk Kepuasan Diri. Pemilik blog semi-personal Tuudia! - Hidup Ku Hidup Semua dan photoblog LensaFaiz.

Speak Your Mind

*

Comment With Facebook