Tarikh Permohonan Kemasukan ke IKBN & IKTBN Sesi Julai 2012

Logo-Institut-Kemahiran-Belia-Negara-IKBNKementerian Belia dan Sukan mempelawa mereka yang berminat dan layak untuk memohon belajar di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) di seluruh negara bagi pengambilan Sesi Julai 2012. Ini bagi mengikuti Latihan Kemahiran peringkat Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan.

Konsep Latihan

Konsep latihan di IKBN adalah berbentuk latihan bersepadu dengan pelaksanaan pendekatannya merangkumi latihan kemahiran (teori dan praktikal), keusahawanan, ketatanegaraan, kepimpinan, keagamaan / moral, sukan/rekreasi dan khidmat masyarakat.

Bidang Pengajian

  • Teknologi Mekanikal
  • Teknologi Automotif
  • Teknologi Awam
  • Teknologi Elektrik
  • Teknologi Elektronik
  • Teknologi Tekstil
  • Teknologi Marin
  • Teknologi Makanan
  • Teknologi Fotografi
  • Teknologi Maklumat
  • Teknologi Personal
  • Teknologi Sukan

Lokasi IKBN & IKTBN

  • IKTBN Sepang, Selangor
  • IKBN Dusun Tua, Selangor
  • IKBN Pertak, Selangor
  • IKBN Wakaf Tapai, Terengganu
  • IKBN Jitra, Kedah
  • IKBN Pagoh, Johor
  • IKBN Chembong, Negeri Sembilan
  • IKBN Seri Iskandar, Perak
  • IKBN Temerloh, Pahang
  • IKBN Bachok, Kelantan
  • IKBN Alor Gajah, Melaka
  • IKBN Miri, Sarawak
  • IKBN Bukit Mentajam, Pulau Pinang
  • IKBN Kinarut, Sabah
  • IKBN Kuala Perlis, Perlis

Senarai Program & Syarat Permohonan

Senarai program yang boleh dipohon dan syarat kemasukan yang diteteapkan adalah berdasarkan kelulusan pemohon.

Senarai program pengajian terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian boleh disemak di e-Panduan Permohonan Kemasukan ke TEVT & ILKA.

Cara Memohon

Permohonan untuk masuk ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) bagi pengambilan sesi Julai 2012 perlu dibuat secara online melalui UPU di Permohonan Kemasukan Ke TEVT/Politeknik/ILKA Lepasan SPM & SKM Sesi Akademik 2012/2013

Tarikh Tutup

Permohonan kemasukan ke IKBN & IKTBN sesi Julai 2012 akan ditutup pada 2 April 2012.

Sumber: ePutra

Permohonan Kemasukan ke IKBN & IKTBN Sesi Julai 2012

Pin It

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>